LABUAN–(IDB) : No 5
Skuadron yang berpangkalan di Pangkalan Udara Labuan telah menerima 4
buah helikopter EC725 untuk melaksanakan operasi di Wilayah 2. Empat
buah pesawat ini telah diserahkan secara rasmi kepada No 5 Skuadron
dalam satu majlis penyerahan yang disaksikan oleh Panglima Tentera
Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM di Pangkalan
Udara Labuan hari ini.
Empat buah helikopter ini adalah sebahagian dari 12 buah helikopter EC725 yang telah diterima sepenuhnya oleh TUDM dimana pesawat terakhir diterima pada 30 Mei 2014 lalu. Pesawat ini berupaya melaksanakan fungsi tugas mencari dan menyelamat yang efisyen selain tugas-tugas dokongan domestik dan utiliti.
Terdahulu, Panglima Tentera Udara turut menyaksikan penyerahan 6 buah helikopter Nuri dari No 5 Skuadron kepada No 7 Skuadron yang berpangkalan di Pangkalan Udara Kuching. Majlis penyerahan inbentori pesawat Nuri tersebut telah dilaksanakan di antara Pegawai Memerintah No 5 Skuadron Leftenan Kolonel Mohd Rashidi bin Mohammad TUDM dengan Pegawai Memerintah No 7 Skuadron Leftenan Kolonel Mohamad Daud bin Sulaiman TUDM.
Walaubagaimanapun, helikopter ini akan terus beroperasi di Pangkalan Udara Labuan bagi membantu tugas-tugas operasi di sekitar negeri Sabah.
Dalam majlis yang sama juga, turut berlangsungnya serah terima tugas Pegawai Memerintah No 5 Skuadron di antara Leftenan Kolonel Mohd Rashidi bin Mohammad TUDM yang menyerahkan tugasnya kepada Mejar Engku Faizal bin Engku Mustaffa TUDM. Seterusnya beliau telah menerima inbentori pesawat EC725 dari Pegawai Memerintah No 10 Skuadron Leftenan Kolonel Mohd Kahar bin Mohd Kassim TUDM.
Turut hadir menyaksikan majlis ini adalah Panglima Bantuan Udara, Leftenen Jeneral Dato’ Che Akmar bin Mohd Nor TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM lain dan anggota-anggota Pangkalan Udara Labuan.
TUDM Terima Pengiriman Heli Cougar Ke-12
TUDM telah menerima pengiriman helikopter EC-725 Cougar ke-12 sekaligus sebagai helikopter terakhir sesuai pesanan pemerintah Malaysia |
Panglima
Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM telah
menyempurnakan Majlis Menandatangani Transfer of Ownership pesawat EC
725 AP M55-12 yang diadakan di Eagle Nest, Markas Tentera Udara.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Panglima Operasi Udara, AKS PPO, AKS Kejuruteraan dan beberapa pegawai kanan TUDM serta wakil Airbus Helicopters dan DA France.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Panglima Operasi Udara, AKS PPO, AKS Kejuruteraan dan beberapa pegawai kanan TUDM serta wakil Airbus Helicopters dan DA France.
Sumber : TUDM
0 komentar:
Posting Komentar