KINABALU-(IDB) : Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berhasil melancarkan penembakan
misil secara terpadu di Perairan Laut China Selatan sekitar jam 9 hingga
11 pagi. Penembakan yang dilancarkan dari aset TLDM dan TUDM ini,
berhasil mengenai sasaran udara dan sasaran permukaan yang disasar pada
jarak dan kelajuan yang telah dirancang.
Dalam penembakan itu, TLDM melepas misil SEAWOLF dari Kapal Diraja
(KD) LEKIU ke sasaran udara TGX-2. Manakala misil EXOCET MM40 dari KD
KASTURI dan misil SEASKUA dari helikopter TLDM Super Lynx dan misil
KH-31A dari pesawat TUDM SU-30MKM melancarkan serangan ke sasaran
permukaan. Kesemua misil ditembakkan pada jarak yang dirancang dan tepat
mengenai dan memusnahkan struktur sasaran yang dibuat untuk tujuan
penembakan.
Penembakan terpadu ini merupakan puncak Latijhan ANGSA 9/2014 yang
digelar sejak 1 September dan dijadwalkan berakhir 15 September 14.
Latihan ini dilaksanakan setiap tahun secara giliran di antara TLDM dan
TUDM dengan elemen bantuan dari Tentera Darat Malaysia (TDM), dalam
usaha meningkatkan latihan secara bersama (joint) antara semua cabang
ATM khususnya dalam senario peperangan maritim.
Penembakan kali ini membuat sejarah, karena pesawat TUDM, SU-30MKM
melaksanakan penembakan misil sejak memasuki inventori ATM pada tahun
2007. TLDM dan TUDM turut melaksanakan kerjasama dalam pengoperasian
penembakan dengan menggunakan struktur target permukaan yang sama untuk
penembakan misil SEASKUA, KH-31A dan EXOCET MM40. Selain itu, siri
latihan penembakan tahunan TLDM yaitu Operasi TAMING SARI 18/2014 juga
turut digabung dan dilaksana sewaktu Eksesais ANGSA 9/2014.
Latihan tahun ini melibatkan aset bantuan dari kedua-dua cabang
perkhidmatan sebagai aset untuk keselamatan kawasan, tim sasaran,
rakaman dan analisis. Aset TLDM yang terlibat: KD JEBAT, KD MAHAWANGSA,
KD SELANGOR, KD KELANTAN, KD PAHANG, KD MAHAMIRU, KD LEDANG, Bot Tempur
CB 90, Tim Penyelam, Weapon Trial and Assesment Team (WTAT), Institut
Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE), Tim Teknikal Misil
dari Depot Peluru dan Letupan TLDM serta helikopter Fennec dan Super
Lynx. Sementara aset TUDM yang turut terlibat ialah pesawat SU-30MKM,
EC752 dan B200T
.
.
Kejayaan penembakan misil bersepadu ini telah sekali lagi membuktikan
bahawa kesiagaan ATM khususnya TLDM dan TUDM sentiasa di tahap yang
tinggi dalam mempertahankan kedaulatan negara. Ia juga sekaligus
meletakkan ATM antara pasukan Angkatan Tentera yang disegani di kawasan.
Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar,
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja
Mohamed Noor dan Panglima Operasi Udara TUDM Leftenan Jeneral Dato Seri
Ackbal bin Haji Abdul Samad TUDM hadir menyaksikan penembakan ini dari
platform kapal KD MAHAWANGSA di Perairan Laut China Selatan. Latihan
ANGSA 9/2014 dan penembakan misil ini dikelolakan oleh Panglima Armada,
Laksamana Madya Dato Mohamad Roslan bin Mohamad Ramli selaku Pengarah
Eksesais. Kejayaan Latihan ANGSA 9/2014 membuktikan keupayaan saling
khidmat (interperobality) antara elemen dalam ATM.
Sumber : JKGR
malaysia latihan di lcs /scs asal ga lama lama ga masalah , awas cino bejing geram terusik .. ratusan armada cino siap persng
BalasHapus