JOHOR-(IDB) : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Darat Singapura hari ini menyertai
program Latihan Semangat Bersatu Siri 18/2012 bertujuan meningkatkan taktikal
ketenteraan di peringkat batalion.
Timbalan
Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah
Mohd. Nawawi berkata, penganjuran program edisi ke-18 itu merupakan latihan
bilateral yang dilaksanakan setiap tahun.
Beliau
berkata, latihan bersama itu bertujuan menjalin hubungan yang lebih erat antara
kedua-dua negara dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman dalam kalangan
pegawai dan anggota terlibat.
"Program
itu yang bermula hari ini hingga 22 November ini akan melibatkan tiga lokasi
utama iaitu di Kem Majidee Johor Bahru, kawasan am di Negeri Sembilan dan
Pahang.
"Dalam
masa sama, formasi tiga divisyen dibentuk ATM untuk mengendali dan melaksanakan
latihan berkenaan melibatkan penyertaan seramai 923 pegawai dan anggota
manakala Tentera Darat Singapura disertai 144 pegawai dan anggota,"
katanya ketika ditemui selepas merasmikan program tersebut di Kem Majidee, di
sini semalam.
Turut hadir,
Ketua Staf Am Tentera Darat Singapura, Brigedier Jeneral Tung Yui Fai.
Dalam pada
itu, Ahmad Hasbullah memberitahu, program tersebut juga berperanan meningkatkan
pengetahuan dan kerjasama ketika melaksanakan sesuatu operasi serta melatih
pemerintah dan staf mengukuhkan kefahaman lebih jitu.
"Selain
itu, latihan ini juga menguji kemampuan dan kesiapsiagaan pasukan kedua-dua
negara bagi menghadapi ancaman di medan perang dan menilai kemahiran pegawai
serta anggota terlibat dalam melaksanakan operasi ketenteraan mengikut teknik,
taktik dan prosedur yang ditetapkan," katanya.
Sumber : Utusan
TNI kita hrs terus berlatih, agar dlm menghadapi musuh dlm slimut tdk kedodoran dan latgab antar matra hrs dilatihkan dlm tempat beralih alih. Agar prajurit dpt mempelajari karekteristik wilayah, yg akan dijadikan sasaran penyerangan dan juga melati strategi yg berbeda2 dlm penyerangan utk mengecoh lawan.
BalasHapus