KUALA LUMPUR–(IDB) : Setelah hampir 15 tahun menanti, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka memiliki skuadron Pesawat Amaran Awal Udara (AEW) tidak lama lagi bagi mengukuhkan lagi sistem pertahanan negara.
Perolehan aset bernilai berbilion ringgit itu penting kerana ia bakal melengkapkan keupayaan pesawat superioriti TUDM iaitu Sukhoi SU-30MKM serta pesawat pejuang MiG-29N dan F/A 18D Hornet.
Kosmo! difahamkan, sistem radar jenis AEW jenis Erieye buatan Sweden dijangka menjadi pilihan TUDM untuk dipasang sama ada pada pesawat EMB 145 buatan Brazil atau Saab 2000 dari Sweden.
“Ia dijangka menelan peruntukan besar kira-kira RM11 bilion menerusi belanjawan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan RMK-11 tetapi cukup penting untuk TUDM.
“Perolehan ini adalah kesinambungan kepada proses memodenkan TUDM melalui program Perolehan Aset Baru yang termoden dan berteknologi tinggi,” ujar sumber daripada industri pertahanan.
Pesawat AEW yang terbang pada ketinggian tertentu itu direka untuk mengesan pesawat lain (musuh) menggunakan sistem radarnya sehingga pada jarak sejauh kira-kira 600 kilometer atau lebih.
Sumber: Kosmo
Jarak jankaunya kurang lebih 400 kilo malon bukan 600 Soto banget c lo
BalasHapus