KUALA LUMPUR-(IDB) : Kumpulan
Weststar melalui anak syarikatnya, Global Komited Sdn. Bhd. hari ini
memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama UK Thales Air Defence
Ltd. bagi mengedar sistem peluru berpandu Starstreak.
Starstreak bakal menggantikan sistem pertahanan udara teknologi lama dikenali sebagai Starburst yang digunakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Pengarah Urusan Kumpulan Weststar, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim berkata, MoU itu adalah satu langkah positif kerana memberi manfaat kepada ATM sekali gus pasukan bersenjata di rantau ini.
“Ini adalah perkembangan positif untuk industri pertahanan negara kerana MoU ini tidak hanya melibatkan transaksi perniagaan semata-mata tetapi merangkumi pertukaran teknologi dan pengetahuan sistem pertahanan yang akan memberi manfaat jangka masa panjang.
“Melalui MoU ini, kami diberi hak mempromosi, mengedar dan memasarkan sistem peluru berpandu generasi baru Starstreak di negara ini bagi menggantikan sistem Starburst," katanya.
Majlis yang diadakan sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan (DSA) 2014 itu disaksikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Azman berkata, sistem peluru berpandu berkenaan boleh dipasang pada kenderaan utama
GK-M1 yang turut dipamerkan dalam pameran kali ini.
“Teknologi ini adalah yang terkini dihasilkan UK Thales yang membolehkan ATM menggantikan sistem Peluru Berpandu Starburst yang diguna sebelum ini.
“Dengan kerjasama ini, UK Thales memudahkan Global Komited menggabungkan pelbagai sistem rangkaian pertahanan yang lengkap seperti sistem perintah dan kawalan radar untuk menyokong dan melindungi aset penting kerajaan dan tentera," tambahnya.

Sumber : Utusan
0 komentar:
Posting Komentar