LUMUT-(IDB) : Latihan bilateral antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Laut
Diraja Brunei (TLDB) Eksesais HORNBILL 22/2012 yang telah berlangsung mulai 3
Dis telah melabuhkan tirainya pada hari ini. Latihan bilateral tahunan di
antara TLDM dan TLDB yang berlangsung selama lima hari ini telah berjaya
mencapai objektif yang telah disasarkan.
HORNBILL
22/2012 kali ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Pegawai Memerintah Pusat
Taktik dan Maritim (PUSTAKMAR) Laksmana Pertama Chin Yoon Chin di Auditorium
Zain di sini. Latihan kali ini dilaksanakan secara Pos Pemerintahan atau
Command Post Excersice (CPX) tidak
melibatkan latihan sebenar di lapangan atau Field Training Excersice (FTX)
berlangsung di PUSTAKMAR dan sekitar Pangkalan TLDM Lumut. HORNBILL kali ini
merangkumi perbincangan peringkat operasi bagi menghasilkan sebuah Perintah
Operasi. Perintah Operasi ini
kemudiannya diterjemahkan kepada latihan praktikal olah perang atau wargame
dengan menggunakan kemudahan Simulasi Olah Perang di PUSTAKMAR.
Latihan selama 5 hari ini telah berlangsung
dengan melibatkan sebanyak 3 buah Tim Pemerintah kapal daripada TLDM iaitu
Kapal Diraja (KD) LEKIR, KD KASTURI dan KD LAKSAMANA TAN PUSMAH serta 2 buah
Tim Pemerintah daripada TLDB iaitu Kapal Diraja Brunei (KDB) DARUSSALAM dan KDB
IJTIHAD. Latihan ini telah menngaplikasikan penggunaan Action Speed Tactical
Trainer (ASTT) simulator dalam melaksanakan latihan 2 hala bagi melatih
kedua-dua Angkatan Tentera Laut dalam Latihan Olah Perang dan Naval Warfare
Operations.
Latihan Kali
ini telah diketui oleh Pemerintah atau Ketua Gugus Tugas Komander Ahmad
Shafirudin bin Abu Bakar TLDM, Pegawai Memerintah KD LEKIR dan Timbalan Ketua
Gugus Tugas ialah Leftenan Kolonel (L) Pg Omaralli bin Pg Jaya Indera Pg Hj
Mokhtar Puteh, Pegawai Memerintah KDB DARUSSALAM.
HORNBILL
merupakan antara platform kerjasama serantau Malaysia-Brunei khusus dalam aspek
ketenteraan bagi meningkatkan profesionalisme angkatan laut masing-masing.
Upacara Perasmian Penutup pagi berlangsung di Auditorium Zain, PUSTAKMAR
dan telah disempurnakan oleh Timbalan
Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, Kolonel Pg Norazmi bin Pg Muhammad.
Turut hadir ialah Ketua Staf Markas Armada, Laksmana Pertama Dato' Pahlawan Hj
Mohamad Adib bin Abdul Samad, pegawai-pegawai memerintah, pegawai-pegawai kanan
serta pegawai-pegawai dan anggota-anggota kapal terlibat dari TLDM dan TLDB
Sumber : Malaysianavy
0 komentar:
Posting Komentar