RIMBA-(IDB) : Latihan Gerakan Udara bagi Eksesais
Elang Brunesia 05/2012 yang telah dirancang selama 3 hari bermula
pada 19 hingga 21 November 2012 diantara Tentera Udara Diraja Brunei
(TUDB) dan Tentera Nasional Indonesia – Angkatan Udara (TNI-AU) telah
berjaya dilangsungkan hari ini di Kawasan FFA, Padang Tembak Binturan,
Penanjong Garison.
Tujuan latihan ini adalah untuk meningkatkan
kerjasama dan persefahaman diantara TUDB dan TNI-AU didalam melaksanakan
latihan gerakan udara mencari dan menyelamat secara gabungan di kawasan
latihan tersebut.
Disamping itu juga, ianya akan dapat meningkatkan
lagi tahap ‘Inter-Operability’ dan kesiapsiagaan diantara kedua tentera
udara, terutama sekali dalam bidang profesionalisme keanggotaan,
peralatan, prosedur dan dukungan logistik secara bergabung. Pesawat yang
di gunakan semasa latihan tersebut adalah Bell 212 dari TUDB dan Super
Puma dari TNI-AU.
Setelah latihan tersebut selesai
dijalankan, Acara seterusnya ialah Upacara Penutup bagi Eksesais Latihan
Bersama Elang Brunesia 05/2012 di Pangkalan Rimba TUDB.
Tetamu Kehormat
majlis ialah Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Jofri bin
Haji Abdullah, Pemerintah TUDB dan Marsekal Muda TNI Bagus Puruhito,
PANGKOOPSAU 1.
Upacara dimulakan dengan pemerikssan perbarisan oleh
Tetamu Kehormat dan seterusnya memberikan ucapan serta dengan rasminya
melancarkan penutup bagi Eksesais tersebut. Acara diteruskan dengan
menanggalkan toha daripada kedua-dua pengendali latihan tentera udara
oleh Tetamu Kehormat Majlis.
Sebagai kenang-kenangan, Sesi bergambar
ramai bersama semua anggota yang terlibat di dalam Eksesais bersama
Tetamu Kehormat Majlis telah dijalankan setelah bacaan doa penutup oleh
Guru Ugama TUDB.
Sumber : Mindef
wah... Foto barengnya keren banget.
BalasHapusHati2 dg brunei darussalam/malaysia dia adalah penyandang dana utk para pemberontak di moro, atau kegiatan militer pemberontak dan kedua negara hrs diawasi dana2 yg masuk ke Indonesia. Miris ...memberi dana utk pengacoan...
BalasHapus