Minggu, Maret 16, 2014
7
OLISTER - Subsea Mine hunter

KUALA LUMPUR-(IDB) : Bagi memastikan tiada ruang atau kawasan yang terlepas daripada pemantauan dan tinjauan dalam misi mencari dan menyelamat MH370, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi cabang angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia sudah menggerakkan unit khas yang dilengkapi teknologi canggih bagi mengesan pesawat di dasar laut.

Ini membabitkan penggunaan jentera selam kawalan jauh/Remotely Operated Vehicles (ROV) atau dron jenis Olister yang dilengkapi pada kapal kelas Mahamiru iaitu kapal pemusnah ranjau yang mampu mengesan objek di dasar laut.

Cara kerja ROV Olister

Dilengkapi dengan sistem pengesan sonar hadapan (FDS), ROV Olister tanpa pemandu ini asalnya digunakan bagi mengesan periuk api (ranjau) namun keupayaannya itu boleh diadaptasi bagi mengesan sebarang objek seperti bangkai pesawat atau kapal yang karam di lautan.

Malah, ROV adalah satu-satunya cara terbaik bagi sebarang operasi mencari dan menyelamat (SAR) berikutan ia tidak berisiko untuk mengalami sebarang masalah yang membabitkan soal nyawa manusia.

Kapal Kelas Mahamiru

Terdapat empat kapal milik TLDM yang tergolong dalam kelas Mahamiru (pemusnah ranjau) iaitu : KD Mahamiru 11, KD Jerai 12, KD Ledang 13, KD Kinabalu 14.

KD Mahamiru 11

Spesifikasi ROV Olister
  • Kompas
  • Transponder pengesan kedudukan tepat
  • Kamera
  • Unit kawalan jauh
  • Kamera navigasi
  • Sensor tambahan bergantung pada keperluan

ROV Olister ini boleh digunakan dalam dua tugasan berlainan.

Fungsi ROV

  • Jentera selam tanpa pemandu ini akan diluncurkan ke dalam laut.
  • Menggunakan sistem sensor, ia akan menghantar isyarat atau segala data yang diterima kepada kapal induk.
  • Keupayaan ROV ini berbeza mengikut kategori dan berat di mana ada antaranya mampu menyelam sehingga 7.000 meter.
  • Dilengkapi dengan kamera, ia mampu merakam video atau gambar dan dihantar terus kepada kapal induk.
  • Sistem transponder yang ada pada ROV ini akan menandakan kedudukan tepat sebarang objek yang dijumpai.


ROV Olister di kapal TLDM KD Jerai 12


Pengesan Sonar Hadapan (FD)
- Bagi mengesan periuk api dasar laut pengesanan dan pengkelasan periuk api di pelantar benua,
- Siasatan dan kaji selidik bahagian bawah laut,

Pengesahan dan Pelupusan Periuk Api (MIDS)
- Pengesanan lokasi dan pencarian periuk api
- Pemerikaan dasar laut

MV Mega Bakti dan ROV Debris

Selain penggunaan ROV jenis Olister yang ada pada kapal kelas Mahamiru, ROV Debris iaitu jenis jentera selam sokongan penyelamat (SSRV) turut digunakan.
 
SSRV ini sebagaimana yang digunakan oleh kapal MV Mega Bakti milik Malaysia dan mempunyai keupayaan sama untuk operasi mencari dan menyelamat. 




Sumber :Hmetro

7 komentar:

  1. Hanya 1 persen bahasa dan kalimatnya yang bisa dimengerti, yang lainny blas ga ngerti semua,, bahasanya aneh!!!!!!!!!!!!

    BalasHapus
    Balasan
    1. bahasa Malaysia juga situ nggak ngerti bagaimana dengan bahasa lain yg jauh lebih sulit ???

      Hapus
    2. emang situ bisa??? bahasa apa coba,saya orang Indonesia wajar dong saya tidak mengerti bahasa malon

      Hapus
  2. Betul...betul...betull...:-(

    BalasHapus
  3. Terbabit, membabit,... apakah babit itu...?

    BalasHapus
    Balasan
    1. Terbabit atau membabitkan itu maksudnya ikut serta..sy org riau..bahasa malaysia mmg mirip dgn bahasa melayu riau

      Hapus
  4. semoga cepet ketemu pesawat nya supaya 7 WNI penumpang tu pesawat jelas nasib nya...

    BalasHapus