Tujuan lawatan ini adalah untuk meningkatkan kerjasama hubungan dua hala, lawatan operasi, ulang bekal dan istirehat. Kali terakhir kapal TCG GEMLIK datang ke Malaysia adalah pada tahun 2000.
TCG GEMLIK merupakan kapal jenis frigate berukuran 138 meter panjang dan 13.7 meter lebar berserta kelajuan maksimum 29 knot. Ditauliahkan pada 24 Jul 1998 dan anak-anak kapal terdiri daripada 30 pegawai serta 240 anggota yang diketuai oleh Pegawai Memerintah Cdr Murat Ugur.
Pelbagai program telah dirancang sempena lawatan tersebut dan antaranya ialah kunjungan hormat Rear Admiral A. Sinan Ertugrul ke atas YBhg Laksamana Muda Dato’ Musa bin Omar, Asisten Ketua Staf Rancang dan Operasi, perlawanan bola sepak persahabatan dan majlis resepsi.
0 komentar:
Posting Komentar
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.