Pages

Kamis, September 11, 2014

Latihan TLDM Dan TUDM Di Laut China Selatan

Pesawat SU-30MKM melaksanakan Lintas Hormat selesai penembakan
Pesawat SU-30MKM melintas selesai penembakan


KINABALU-(IDB) : Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berhasil melancarkan penembakan misil secara terpadu di Perairan Laut China Selatan sekitar jam 9 hingga 11 pagi. Penembakan yang dilancarkan dari aset TLDM dan TUDM ini, berhasil mengenai sasaran udara dan sasaran permukaan yang disasar pada jarak dan kelajuan yang telah dirancang.

Tembakan rudal KH-31A dari SU 30MKM (photo: TUDM)
Tembakan rudal KH-31A dari SU 30MKM
Dalam penembakan itu, TLDM melepas misil SEAWOLF dari Kapal Diraja (KD) LEKIU ke sasaran udara TGX-2. Manakala misil EXOCET MM40 dari KD KASTURI dan misil SEASKUA dari helikopter TLDM Super Lynx dan misil KH-31A dari pesawat TUDM SU-30MKM melancarkan serangan ke sasaran permukaan. Kesemua misil ditembakkan pada jarak yang dirancang dan tepat mengenai dan memusnahkan struktur sasaran yang dibuat untuk tujuan penembakan.

KD KASTURI menembakkan Misil Exocet MM40 (photo : TLDM)
KD KASTURI menembakkan Misil Exocet MM40 (photo : TLDM)
Penembakan terpadu ini merupakan puncak Latijhan ANGSA 9/2014 yang digelar sejak 1 September dan dijadwalkan berakhir 15 September 14.  Latihan  ini dilaksanakan setiap tahun secara giliran di antara TLDM dan TUDM dengan elemen bantuan dari Tentera Darat Malaysia (TDM), dalam usaha meningkatkan latihan secara bersama (joint) antara semua cabang  ATM khususnya dalam senario peperangan maritim.

KD KASTURI menembakkan Misil Exocet MM40 (photo : TLDM)
KD KASTURI menembakkan Misil Exocet MM40
Penembakan kali ini membuat sejarah, karena pesawat TUDM, SU-30MKM melaksanakan penembakan misil sejak memasuki inventori ATM pada tahun 2007. TLDM dan TUDM turut melaksanakan kerjasama dalam pengoperasian penembakan dengan menggunakan struktur target permukaan yang sama untuk penembakan misil SEASKUA, KH-31A dan EXOCET MM40. Selain itu, siri latihan penembakan tahunan TLDM yaitu  Operasi TAMING SARI 18/2014 juga turut digabung dan dilaksana sewaktu Eksesais ANGSA 9/2014.
Target Tembakan Exocet MM40 (photo : TLDM)
Target Tembakan Exocet MM40
Latihan  tahun ini melibatkan aset bantuan dari kedua-dua cabang perkhidmatan sebagai aset untuk keselamatan kawasan, tim sasaran, rakaman dan analisis. Aset TLDM yang terlibat:  KD JEBAT, KD MAHAWANGSA, KD SELANGOR, KD KELANTAN, KD PAHANG, KD MAHAMIRU, KD LEDANG, Bot Tempur CB 90, Tim Penyelam, Weapon Trial and Assesment Team (WTAT), Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE), Tim Teknikal Misil dari Depot Peluru dan Letupan TLDM serta helikopter Fennec dan Super Lynx. Sementara aset TUDM yang turut terlibat ialah pesawat SU-30MKM, EC752 dan B200T
.

KD LEKIU melancarkan Misil SEAWOLF (photo : TLDM)
KD LEKIU melancarkan Misil SEAWOLF
Kejayaan penembakan misil bersepadu ini telah sekali lagi membuktikan bahawa kesiagaan ATM khususnya TLDM dan TUDM sentiasa di tahap yang tinggi dalam mempertahankan kedaulatan negara. Ia juga sekaligus meletakkan ATM antara pasukan Angkatan Tentera yang disegani di kawasan.

VVIP yang turut hadir bagi menyaksikan penembakan bersepadu (photo : TLDM)
VVIP yang turut hadir bagi menyaksikan penembakan bersepadu

Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor dan Panglima Operasi Udara TUDM Leftenan Jeneral Dato Seri Ackbal bin Haji Abdul Samad TUDM hadir menyaksikan penembakan ini dari platform kapal KD MAHAWANGSA di Perairan Laut China Selatan. Latihan ANGSA 9/2014 dan penembakan misil ini dikelolakan oleh Panglima Armada, Laksamana Madya Dato Mohamad Roslan bin Mohamad Ramli selaku Pengarah Eksesais. Kejayaan Latihan ANGSA 9/2014 membuktikan keupayaan saling khidmat (interperobality) antara elemen dalam ATM.



Sumber : JKGR

1 komentar:

  1. malaysia latihan di lcs /scs asal ga lama lama ga masalah , awas cino bejing geram terusik .. ratusan armada cino siap persng

    BalasHapus