Pages

Kamis, Januari 03, 2013

Malaysia Tempatkan Eurocopter EC725 Di Kuantan Dan Sabah

SABAH-(IDB) : Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini giat melakukan transformasi dalam usaha memenuhi misi pasukan keselamatan itu untuk menjadi 'kuasa yang dominan'.
 
Dalam kata lain, TUDM perlu menguasai angkasa bagi membolehkannya melaksanakan operasi dan misinya dengan efektif.

Oleh sebab itu, pihak pengurusan TUDM sentiasa membuat perancangan rapi untuk memastikan mereka berada di landasan tepat bagi memacu pasukan tersebut menjadi sebuah angkatan yang kredibel.

Perolehan pesawat moden dan berteknologi tinggi seperti Eurocopter EC725 adalah sebahagian daripada perancangan yang telah diatur bagi memastikan TUDM berupaya melaksanakan peranannya dengan berkesan.

EC725 juga dilihat sebagai helikopter terbaik diperoleh TUDM bagi menggantikan sepenuhnya perkhidmatan 28 unit Sikorsky S61A-4 Nuri yang digunakan sejak 1968 lagi.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata, EC725 merupakan helikopter yang berupaya melaksana dua peranan utama iaitu untuk fungsi taktikal dan juga utiliti.

Beliau berkata, untuk fungsi taktikal, helikopter itu berkeupayaan melaksanakan misi mencari dan menyelamat serta melaksanakan operasi-operasi khas.

"Bagi fungsi utiliti, helikopter ini mampu meningkatkan keupayaan daya mobiliti udara melalui penugasan pengangkutan tentera serta melakukan misi-misi waktu siang dan malam dalam semua keadaan cuaca dengan lebih pantas dan selamat.

"TUDM akan memastikan perolehan aset baharu ini dioperasikan sebaik mungkin ke tahap optimum bersesuaian dengan perbelanjaan besar yang telah diperuntukkan oleh kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengenalan Dua Pesawat Eurocopter EC725 kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah selaku Kolonel Yang Dipertua TUDM di Pangkalan Udara Kuantan, di sini, baru-baru ini.

Rodzali berkata, pihaknya berterima kasih di atas komitmen kerajaan meluluskan perolehan pesawat berteknologi tinggi ini, yang akan meningkatkan keupayaan dan keberkesanan operasi TUDM secara menyeluruh.

Perolehan pesawat

Beliau berkata, perolehan kesemua 12 buah pesawat EC725 akan selesai menjelang 2014.

"Pada awal bulan ini, kita telah terima dua buah helikopter ini. Insya-Allah pada tahun 2013 kita akan terima sembilan lagi dan yang terakhir akan diterima pada awal tahun 2014.

"Saya yakin menjelang tahun 2015, kesemua helikopter berserta anak-anak kapal akan beroperasi sepenuhnya iaitu bagi melaksanakan setiap tugas yang diberikan," katanya.

Mengenai aspek penempatan, beliau berkata, lapan Eurocopter akan ditempatkan di Pangkalan Udara Kuantan di sini manakala empat lagi di Pangkalan Udara Labuan, Sabah.

Katanya, kriteria utama pemilihan kedua-dua pangkalan udara itu adalah berdasarkan pada kepentingan strategik, kawasan operasi serta infrastruktur yang sedia ada.
 
 
 
 
Sumber : Utusan

12 komentar:

  1. Heli malingsia EC 725 termasuk heli multifungsi, Indonesia juga membeli heli sejenis. Yang membedakan Malingsia mempunyai terlebih dahulu.

    BalasHapus
  2. indonesia malah udah biza buat ini sendiri maz,, dgn lisensi dr eur0c0pter spany0l,, udah 0perasional malah

    BalasHapus
    Balasan
    1. Sebenarnarya PTDI hanya melakukan assembling saja. Tidak melakukan rancang bangun akan tetapi semuanya sudah dirancang oleh Aerospatiale yang kemudian dilebur menjadi Eurocopter dan sebelum EC 725 PT DI telah melaksanakan beberapa helikopter diantaranya Puma dan Super Puma disamping NBO -105, kemudian Bell 412.
      Pada saat ini PT DI melaksanakan assembling helikopter EC 725 dan Bell 412, namanya assembling ya seperti tukang jahit. Bahan material helikopter tsb semuanya berasal dari pabrikan helikopter nggak ada material yang diproduksi di PT DI., mengingat material pesawat terbang dan atau helikopter memerlukan pengujian rumit dan sertifikasi.jadi gpp assembling dulu setelah itu baru mencoba membuat sendiri nantinya, harapannya jangan terlalu lama jadi tukang jahit.

      Hapus
  3. manaaaaa,....????????????
    gak ADA rencana gt

    BalasHapus
    Balasan
    1. kabarnya sih ada rencana pengadaan helikopter full combat SAR mission,tapi mbuh type jenis apaan.. entah AL or AU. yang barengan AD minta heli serang itu lho.. Tp masih gelap ampe skrg.. Hiks...

      Hapus
    2. Nih gue bikin terang benderang yeee, simak bayik bayiiikk Gan, Helikopter Full Combat SAR itu namanya EC 725, buatan Eurocopter dulu namanya Aerospatiale dari Parangakik alias Perancis untuk AURI. Giman Gan sudah terang 'kan kalau masing gelap juga, tauuuuk achhhh.

      Hapus
    3. Tetep gelap gan, kecuali tuh heli udah nongol Dan beroperasi.. Kalo cuma bikinan mana, sejarahnya punya siapa, perusahaannya namanya apa, bla bla bla... Ya tetep, guelap. anyway, Dgn adanya rencana ini kita musti tetep cumungud.

      Hapus
    4. Jangan jangan sampean punya ajian "Gelap Ngampar" spt diketh "Gelap Ngampar = Syaithon " iihh takut gue, ntar gue laporin ke Dukun santet, loh.

      Hapus
  4. @Bro Dens: Aduh sampeyan udah dijelasin bro Bambang sejelas2nya masih lom nyambung juga. Piye toh???.

    BalasHapus
  5. jangan2 helinya udah beroprasi tapi dirahasiakan oleh negara :o sssttt....

    BalasHapus
  6. Halah Indonesia itu gk ada yg namanya persenjataan dirahasiakan. Selalu aja diumbar. kan negara silat lidah. hihihihi. Aku ngasih saran buat negaraku tercinta klo punya senjata dahsyat jangan diumbar klo udah punya. Ntar gak ada yg rahasia tu.

    BalasHapus
  7. Indonsial engak perlu senjata canggih cukup buluh runcing kah kaha taik serta najis jugak Indonsial bisa ...

    BalasHapus