LUMUT-(IDB) : Panglima Armada, Dato’ Wira Jamil bin Hj Osman hari ini telah turut serta dalam satu latihan gabungan bersama antara Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Laut Amerika Syarikat.
Latihan yang dijalankan di Perairan Selat Melaka itu telah berlangsung selama satu hari dimana pelbagai latihan yang menguji kecekapan dan kemahiran setiap kapal diuji, bukan sahaja secara persendirian, malah latihan antara kapal turut dijalankan.
Eksesais ini melibatkan empat buah kapal masing-masing dua dari TLDM iaitu KD SELANGOR DAN KD LEKIU manakala dua kapal dari Tentera Laut Amerika Syarikat iaitu USS JOHN C. STENNIS DAN USS MOBILE BAY.
Tujuan utama latihan antara lain adalah untuk meningkatkan kemahiran anak kapal dan kebolehan TLDM untuk berkerjasama dengan kapal dari negara luar. Latihan ini juga mampu meningkatkan dan mengeratkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Amerika Syarikat.
Kehadiran Panglima Armada Tentera Laut Diraja Malaysia membuktikan Malaysia komited dalam mengekalkan keharmonian hubungan dengan negara luar dan seterusnya menjamin keamanan laluan maritim negara.
Sebagai tanda persahabatan yang erat, Tentera Laut Amerika Syarikat turut menghantar Panglima Armada ke Pangkalan TLDM Lumut dengan menaiki helikopter mereka sendiri.
Sumber: MalaysiaNavy
Tidak ada komentar:
Posting Komentar