Jumat, Juli 08, 2011
0
LUMUT-(IDB) : Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bakal melaksanakan siri latihan terbesar yang menggabungkan aset-aset armada TLDM di Perairan Laut China Selatan dalam Operational Sea Training Exercise atau OSTEX 2011 akan dilaksanakan mulai 15 hingga 21 Julai ini.
 
OSTEX 2011 menggabungkan 3 siri latihan yang kelazimannya dilaksanakan secara berasingan bagi tiga Markas Wilayah dalam TLDM iaitu Markas Wilayah Laut 1 di Kuantan, Markas Wilayah Laut 2 di Kota Kinabalu dan Markas Wilayah Laut 3 di Langkawi. Kali ini latihan akan di laksanakan di Perairan Laut China Selatan di bawah jajahan Markas Wilayah Laut 2, Kota Kinabalu.
 
Eksesais atau latihan  akan melibatkan 9 buah kapal TLDM yang berpangkalan di Lumut, Kuantan dan Kota Kinabalu serta tiga buah aset helikopter serta aset strategik kapal selam negara KD TUNKU ABDUL RAHMAN dan KD TUN RAZAK.
 

Unsur -unsur yang terlibat  secara langsung dalam OSTEX 2011 adalah seperti berikut:
  • KD Lekiu
  • KD Lekir
  • KD Selangor
  • KD Kelantan
  • KD Terengganu
  • KD Perak
  • KD Pahang
  • KD Mahamiru
  • KD Ledang
  • KD Tunku Abdul Rahman
  • KD Tun Razak
  • 2 X Pesawat Super Lynx
  • 1 X Pesawat Fennec
  • Tim Paskal
  • Tim Penyelam
  • Tim Affloat Support
OSTEX 2011 akan dilaksanakan secara berfasa meliputi aktiviti perancangan, perbincangan serta aktiviti sosial di sekitar lokasi Pangkalan TLDM Kota Kinabalu dan akan diikuti oleh latihan operasi maritim di Gugusan Semarang Peninjau dan Perairan Laut China Selatan. 

Kehadiran kapal-kapal TLDM di Perairan Laut China Selatan ini membuktikan bahawa TLDM tidak pernah leka dan sentiasa berwaspada demi menjaga kepentingan perairan Negara selain daripada rondaan berterusan dan penempatan tim-tim keselamatan di pulau-pulau di kawasan perairan ini.



Sumber: MalaysiaNavy

0 komentar:

Posting Komentar